Thanks For Visiting Our Website

Please Share To Your Social Media To Continue Watching

Thursday, August 11, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18 (HD)


Ariana sentap tunjuk bukti bergambar Mukhriz bertemu Rabiatul. Mukhriz perjelas perkara sebenarnya. Memang dia mahu berterus-terang, tapi keadaan Ariana tak mengizinkan. Ariana memang cemburu gila, takut juga Rabiatul seberani Ariana, melamar Mukhriz untuk jadi suaminya.

Zakuan muncul lagi depan Ariana untuk menghasut. “Kalau abanglah, memang abang bunuh orang yang ganggu cinta hati abang”.

Ariana rancang untuk masak makanan kegemaran Mukhriz menyambut kepulangannya. Mukhriz sempat berhenti di pekan, beli bunga untuk Ariana. Sayangnya, Zakuan dekatinya. Dia pulak beri amaran pada Mukhriz agar tak sakitkan hati Ariana dengan perangai kasanovanya yang berselindung di sebalik nama ustaz. Masya Allah..panjang zikir Mukhriz supaya dia sabar hadapi fitnah Zakuan. Mujurlah sakit hati Mukhriz diubati dengan khabar gembira dari Shamsul. Awina bakal dibebaskan kerana saksi utama kesnya sudah berjaya ditangkap. Mukhriz lega dan mengadakan sujud syukur serta mendoakan kebahagiaan Awina dan isterinya, Ariana.

Sekali lagi, Mukhriz rahsiakan pertemuannya dengan Zakuan dari pengetahuan Ariana. Berdosa rasanya merosak hubungan saudara. Hatinya terubat bila Ariana mesra seperti biasa dan memohon maaf atas segala kesalahannya. Malah Ariana jujur pada Mukhriz yang Zakuan ada ketemunya untuk buat fitnah tentang hubungan Mukhriz dan Rabiatul. Mereka mesra semula dan Ariana jenis cepat ‘cool’ dan datang kepala tiga sukunya dengan Mukhriz. Tapi yang paling mengharukan bila dia minta izin untuk panggil Mukhriz dengan panggilan ‘HABIB’, yang bermakna kekasihku, Dan Mukhriz sendiri akan panggil dia ‘SAYANG’..Manisnya..

Harinya tiba, Awina dibebaskan dari penjara. Shamsul, Mukhriz, Puteri dan ibu Awina sendiri menjemputnya di Taiping. Mereka menyambut pembebasannya dalam suasana penuh syahdu. Mukhriz bersyukur, akhirnya Awina dapat kembali ke pangkuan keluarganya. Bagaimanapun, Mukhriz dikejutkan dengan permintan Awina ketika mereka sama-sama berbincang.
“Saya nak mintak tolong dari Mukhriz. Sudi tak Mukhriz terima saya sebagai isteri kedua?”........Mukhriz terkedu..


Sayangku Kapten Mukhriz Episod 18 (HD)
4/ 5
By
Stream Sekarang atau Terus Download ke Pc/Hp Korang
SD 360 SD 480 HD 720 FHD 1080

Tinggalkan komen dibawah jika ada video bermasalah