Thanks For Visiting Our Website

Please Share To Your Social Media To Continue Watching

Thursday, July 28, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episod 10


Berpeluh juga Mukhriz diasak soalan sedemikian dari Ariana. Kebanyakan orang di situ tahu kisah mereka berdua, malah ada yang tersenyum-senyum. Namun, sebagai seorang ahli agama, Mukhriz menjawab tenang, “Dalam Islam, bukan masalah besar jika perempuan meminang lelaki. Asal hubungan mereka berlandaskan hukum syarak”. “Maknanya, tak salahlah saya ni sebab saya tak menolak hukum tuhan”. Mukhriz terdiam seketika sambil melihat beberapa anggotanya dan orang sekeliling tersenyum simpul. Malam tu, berbakul Ariana dapat ‘lecture’ percuma dari abangnya yang malu dengan soalan Ariana tadi. Tapi Ariana tak peduli. Dia tetap utuskan sms pada Mukhriz.

“Tak salah wanita meminang lelaki. Dan saya tetap tunggu jawapan ustaz”
Malam itu, sekali lagi Mukhriz tunaikan solat Istiqarah bagi meyakinkan lagi keputusan yang harus diambil.
Akhirnya Mukhriz bersuara, walaupun nampak seperti nada bergurau.

“Kalau nak kawin dengan saya, datang jumpa keluarga saya”. Macam nak melompat terjun tasik Ariana mendengarkannya. “Okey..hujung minggu ni jugak saya hantar rombongan meminang”.
Walaupun lucu dengan keterujaan Ariana, Mukhriz tetap senyum tenang. Maka bertambah sakitlah kepala Izzudin bila Ariana minta dia beritahu orang tuanya untuk pinang Mukhriz. ‘Memang dah gila adik aku ni’. Tapi Izzudin serba-salah dan kalah bila Ariana merayu bantuannya. Tak tergamak rasa nak menolak kerana selama ini mereka cukup akrab dan Ariana banyak membantunya. Dia berjanji untuk balik kampung bincang dengan orang tuanya. Cuma Izzudin kena cari ayat sesuai supaya orang tuanya tak kena sampuk sebab terkejut.

Benar bagai diduga, macam nak terjun laut mama dan abahnya bila Izzudin maklumkan hasrat Ariana. Mereka terkejut bila dapat tahu Ariana yang melamar Mukhriz. Mungkin malas nak panjang cerita, Mukhriz terus terima buatkan Ariana tak kisah hantar rombongan meminang asalkan dia dapat Mukhriz. Tn Razlan tak puas hati lalu buat panggilan pada Mukhriz.

“Kasih Ariana sudahpun saya terima”, jawapan Mukhriz buat Ariana rasa cukup gembita semakin sayang padanya. Lalu dia titipkan satu mesej buatkan senyuman Mukhriz semakin melebar.
“I have a pen, my pen is blue. I have a boyfriend, my boyfriend is you, Kapten Ustaz Syed Mukriz Al-Attas”

Mukhriz akui, mungkin itulah jawapan pada beberapa solat istiqarah dan doanya di depan kaabah. Kata putus tentang tarikh bertunang sudah dicapai. Ariana gembira, doanya dimakbulkan. Sebelum bertunang mereka berhubung untuk bincang soal hantaran. Mukhriz minta izin untuk hantar sekadar senaskhah Al-Quran sebagai pertukaran. Ariana terpaksa bersetuju memandangkan ianya permintaan Mukhriz sedangkan dia sebenarnya beriya-iya mahukan hantara-hantaran yang cantik.

Tapi yang paling penting, Ariana mahu dapatkan kepastian, adakah Mukhriz juga mencintainya. “Ariana, saya mohon maaf kalau saya bukan seperti yang Ariana sangkakan”. Ariana sedih. Dia buat kesimpulan bahawa lelaki itu terimanya bukan sebab cinta. Sekaligus pudarkan harapan Ariana agar Mukhriz ingat tentang pertemuan pertama mereka 8 tahun lalu. Ariana juga terpaksa berhadapan dengan Mak Uda dan Pak Udanya bagi memberi jawapan atas keputusannya memilih Mukhriz berbanding Zakuan. Walaupun kecewa, mereka memahami. Mereka sama-sama berjanji untuk rahsiakan dulu berita ini dari pengetahuan Zakuan, bimbang jika lelaki itu kecewa di perantauan dan tak nak balik ke sini.

Majlis pertunangan berjalan dengan lancar, sederhana dan meriah. Namun, malam setelah majlis bertunang, Ariana dikejutkan dengan kehadiran sebentuk cincin yang dikirim dari England..dari Zakuan..
Sayangku Kapten Mukhriz Episod 10
4/ 5
By
Stream Sekarang atau Terus Download ke Pc/Hp Korang
SD 360 SD 480 HD 720 FHD 1080

Tinggalkan komen dibawah jika ada video bermasalah